http://www.korbanaqiqah.com.my/v2/
Kuala Lumpur, Malaysia
Ahad, 30 November 2008
MUDAH . MURAH . DIYAKINI
15% Yuran Penyertaan untuk perkembangan syiar Islam di Kemboja.
Dapatkan hadiah percuma buku dan kursus... sila lihat tawaran di bawah! Tarikh akhir penyertaan ibadah Korban 6 Disember 2008
Para peserta Program Ziarah Kemboja pada 6 Disember hingga 10 Disember 2008 ini
sila rujuk jadual program untuk makluman dan tindakan. Klik di sini.
JAKIM
Mufti Negeri Selangor
Mufti Negeri Perak
Mufti Wilayah Persekutuan
Mufti Negeri Johor
Mufti Negeri Perlis
Soal Jawab Agama
Penerangan Lanjut
Muka Hadapan
Galeri Foto
Korban
Aqiqah
Menyambut Cahaya Mata
Program Berbuka Puasa 1428H
Soaljawab Korban
Soaljawab Aqiqah
Kemboja
Carta Alir Pengurusan
Peta ke Pejabat Ameen
Latar Belakang Syarikat
Urus Setia Malaysia
Urus Setia Kemboja
Laporan Program
Blog
Laporan Program K&A 1428H
English Version
www.ameenbooks.com.my
Sertai Kami
Penyertaan Online:
Penyertaan melalui Pos / Faks:
Borang Penyertaan Aqiqah
Borang Penyertaan Korban
Urus Setia di Malaysia
Urusetia Program Korban & Aqiqah di Malaysia
AL-AMEEN SERVE HOLDINGS SDN. BHD. (378533T)
2-1, Tingkat 1, Jalan 9/23A, Medan Makmur off Jln Usahawan, 53200 Setapak.
Tel:03-4143 4343
Faks:03-4149 1414
Email: alameen@tm.net.my
AJL 931362
Urus Setia di Kemboja
Urusetia Program Korban & Aqiqah di Kemboja
144E Road 5, Krom1,
Phum 2, Chrang Chamreh 1,
Russey Keo, Phnom Penh,
Cambodia.
Tel/ Faks : 855-23-219679
Zakaryyaa Adam Email:
zakaryyaa@yahoo.com
Mufti Cambodia Email: muftiofcam@camshin.com.kh
Program Korban Eidul Adha & Aqiqah di Kemboja
1415H - 1427H
Tahun Bil Ternakan
1415H 17
1416H 150
1417H 288
1418H 263
1419H 451
1420H 561
1421H 736
1422H 685
1423H 886
1424H 1178
1425H 1177
1426H 1381
1427H 1443
1428H 2102
JUMLAH
PENDUDUK
Malaysia 26 juta
Kemboja 13 juta
PENDUDUK
BANDAR
Malaysia 47%
Kemboja 14%
HAYAT HIDUP
Malaysia 72 Tahun
Kemboja 53 Tahun
PENDAPATAN PURATA
Malaysia USD 4287
Kemboja USD 270
MAKANAN / HARI (TENAGA)
Malaysia 2884 Kalori
Kemboja 2021 Kalori
KEMATIAN BAYI / 1000 KELAHIRAN
Malaysia 12
Kemboja 110
Dapatkan E-book Korban & Aqiqah Percuma!
Nama
Alamat Email
Telefon Bimbit (pilihan)
Subscribe
Unsubscribe
Program Korban dan Aqiqah di Kemboja 1429H
TAHUN KE 15
Maksud Firman Allah SWT
"Maka solatlah kamu untuk Tuhanmu dan berkorbanlah"
Al-Kauthar : 2
Maksud Hadis Rasullullah SAW
"Barang siapa yang dikurniai seorang anak, lalu
ia menyukai untuk membaktikannya (mengaqiqahinya),
maka hendaklah ia melakukannya"
Lebih 15,000 peserta sejak tahun 1415H / 1995 Masihi.
Lebih 11,000 ekor ternakan telah selamat disempurnakan.
15% Yuran Penyertaan untuk perkembangan syiar Islam di Kemboja.
Mufti Kerajaan Kemboja
"Saya merakamkan rasa terima kasih kepada rakyat Malaysia
khususnya dan para peserta dari seluruh dunia amnya yang telah menyertai
program ini yang telahpun masuk tahun ke 15. Semoga ibadah Korban &
Aqiqah yang akan dilaksanakan diterima oleh Allah S.W.T."
--------------------------------------------------------------------------------
Kelebihan Program Ini
Program ini memudahkan peserta menunaikan tuntutan agama. Harga yang murah. Yuran penyertaan RM225 untuk satu bahagian lembu atau RM450 untuk satu ekor kambing bagi ibadah korban. Manakala untuk ibadah aqiqah pula RM250 untuk satu bahagian lembu atau RM475 untuk satu ekor kambing. Yuran Penyertaan Aqiqah telahpun termasuk kos jamuan Aqiqah.
Sijil penyertaan yang disahkan oleh Pengerusi Program dan Mufti Kerajaan Kemboja
Korban dan Aqiqah dilaksanakan ditempat yang ramai umat Islam miskin. Masyarakat Melayu Champa merupakan kaum minoriti dengan jumlah penduduk 500 ribu daripada 13 juta rakyat Kemboja. Pengislaman orang-orang Cham bermula sejak tahun 1000 Masihi lagi. Umat Islam di Kemboja masih dirundung kemiskinan yang melarat serta tahap pendidikan yang rendah.
Pihak penganjur akan memperuntukkan 15% daripada yuran penyertaan (selepas kos promosi dan pengurusan) untuk perkembangan syiar Islam di Kemboja termasuk pembiayaan jamuan berbuka puasa.
Klik disini untuk melihat foto yang lain
Korban ialah penyembelihan haiwan tertentu pada tanggal 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan maksud untuk mendekatkan diri kepada Allah. Perintah berkorban telah disyariatkan oleh Allah kepada kita pada tahun ke 2 hijrah bersamaan dengan perintah solat Eidul Adha dan zakat.
Firman Allah swt yang bermaksud:
"Maka solatlah kamu untuk Tuhanmu dan menyembelihlah."
Al-Kautsar:
2. Menurut pendapat yang masyhur, maksud solat pada ayat itu ialah solat Eidul Adha dan yang dimaksudkan dengan menyembelih ialah berkorban.
Ibnu Jarir mentafsirkan ayat tersebut sebagai berikut:
"Jadikanlah solatmu ikhlas hanya untuk Allah sahaja dengan sama sekali tidak mengharapkan kepada selain daripada-Nya. Demikian juga korban yang kamu tunaikan, niatkanlah hanya untuk Allah, tidak untuk berhala, sebagai kesyukuran terhadap apa yang dianugerahkan Allah kepadamu yang tidak terhingga banyaknya."
Nabi s.a.w juga telah bersabda yang bermaksud:
"Tidak ada suatu amalan yang paling dicintai oleh Allah daripada Bani Adam ketika hari raya Eidul Adha selain menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi ) dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak di suatu tempat di sisi Allah sebelum mengalir di tanah. Kerana itu, bahagiakan dirimu dengannya." (Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim)
Keistimewaan orang yang berkorban banyak sekali. Saidina Ali bin Abi Talib r.a telah meriwayatkan bahawa sesiapa yang meninggalkan rumahnya dengan maksud membeli haiwan korban, maka setiap langkah dikurniakan 10 kebajikan, dihapuskan 10 kesalahan, dinaikkan martabatnya 10 darjat
. Apabila dia bercakap-cakap dengan penjual ketika membelinya, maka setiap patah kata yang diucapkannya itu adalah sama dengan satu tasbih. Dan jika dibayar harganya, maka setiap satu dirham, dia beroleh 700 kebajikan. Jika haiwan itu dibaringkan di atas tanah, maka setiap titis darah yang tertumpah, dijadikan oleh Allah 10 Malaikat yang mendoakan dan meminta ampunkan kesalahannya kepada Allah sampai hari kiamat.
. Apabila dagingnya dibahagi-bahagikan, maka setiap suap yang dimakan orang, baginya adalah seperti memerdekakan seorang anak cucu Nabi Ismail a.s. Haiwan yang dikorbankan itu kelak akan menjadi kenderaan bagi orang yang mengorbankannya pada hari kiamat. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:
"Muliakanlah korban-korbanmu, kerana nanti dia menjadi kenderaan kamu ketika melalui titian Siratal Mustaqim."
. Selain daripada itu orang-orang yang melaksanakan ibadah korban dipandang sebagai orang yang baik di antara umat Nabi Muhammad s.a.w, sesuai dengan maksud sabda Rasulullah s.a.w:
"Umatku yang baik ialah mereka yang berkorban dan umatku yang jahat ialah mereka yang tidak berkorban."
. Korban juga dapat menyelamatkan orang yang berkorban dari kejahatan dunia dan akhirat. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:
"Bukankah korban itu termasuk ibadah yang menyelamatkan orang, yakni menyelamatkan orang yang empunyanya daripada kejahatan dunia dan akhirat."
- Maklumat lanjut ibadah korban klik disini
--------------------------------------------------------------------------------
Aqiqah menurut bahasa ertinya "rambut yang tumbuh di atas kepala bayi yang dibawanya waktu lahir." Demikian pendapat 'Ubaid, Ashmu'i dan Zamakhsyari.
Menurut istilah hukum syara', aqiqah ialah "penyembelihan haiwan tertentu untuk kepentingan anak, disamping mencukur atau memotong rambutnya dan diberi nama untuk anak itu."
Menyembelih aqiqah adalah sunat muakkad. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:
"Tiap-tiap anak itu tertebus (terpelihara daripada kemudaratan dan kemungkaran) dengan aqiqahnya, disembelih haiwan untuknya pada hari ketujuh, dicukur kepalanya dan diberi nama".
Ibnu Al-Qayyim menegaskan bahawa aqiqah itu melepaskan bayi tesebut daripada golongan syaitan dalam urusan dunia dan akhirat.
Imam Syafi'e berpendapat melaksanakan aqiqah adalah sunat muakkad.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud;
"Berserta anak itu ada aqiqah, maka alirkanlah darah untuknya, dan singkirkanlah sesuatu yang membahayakan daripadanya." (Maksud hadis riwayat Tirmidzi)
"Seorang anak terikat dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ke tujuh, dan dicukur serta diberi nama." (Maksud hadis riwayat Ahmad dan Tirmidzi)
Imam Malik menyatakan bahawa, hukum aqiqah ini adalah perintah yang tidak dapat diperselisihkan lagi. Imam Ibnu Qayyim pula menyabitkan aqiqah dengan nilai korban seekor kambing yang dikurniakan oleh Allah swt sebagai ganti diri untuk Nabi Ismail a.s.. Maka dengan itu, difahamkan bahawa penyembelihan aqiqah untuk anak yang dilahirkan berguna untuk melindungi bayi daripada gangguan syaitan.
- Maklumat lanjut ibadah Aqiqah klik disini
--------------------------------------------------------------------------------
Ibadah Korban & Aqiqah : Dapatkan hadiah-hadiah yang menarik!
Nilai tambah dalam bentuk hadiah-hadiah ini dapat kami tawarkan kerana Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd. merupakan syarikat yang aktif dalam dunia penerbitan buku dan pelatihan di Malaysia.
Penyertaan yang diterima pada 28 November sehingga 6 Disember 2008 akan mendapat kelebihan berikut :
Hadiah Percuma - Novel Menarik 'Detektif Indigo Kembali' : Sesuai untuk remaja dan mereka yang berjiwa muda.
"Mereka dianugerahkan deria dan IQ yang luar biasa. Chen-Chung si Hafiz, Faruq si serba tahu, Mihrimah Maryam si pakar sains forensik, Rusbihan si bersin dengan deria bau yang tajam, Rabiah Zaitun si ahli kimia dan Isamu pula si entomologis yang istimewa. Enam sahabat ini sedang mendalami ilmu-ilmu penyiasatan di Maktab Rendah Remaja Indigo. Mereka terkenal sebagai kumpulan 'Detektif Indigo'.
Mereka dipanggil untuk menyiasat kes penculikan Prof. Aslan, Setiausaha Agung Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) yang boleh menggugat keutuhan dan perpaduan dunia Islam. Mampukah mereka merungkai misteri yang ada sebelum terlambat?" Nilai: RM16.00
Faisal Tehrani, penulis Detektif Indigo Kembali merupakan sasterawan muda yang telah memenangi pelbagai anugerah peringkat negara. Beliau memperoleh Anugerah Seni Negara pada tahun 2006.
Kursus Percuma: Kursus Kemahiran Cepat Membaca (Sesuai untuk ibu bapa dan guru)Pilih salah satu sahaja:
B. Melayu & Inggeris: Cepat Baca & I Can Read
Al-Quran & Jawi: Al-Barqy & Bacalah Jawi
Tajwid Al-Quran: Tajwid Al-Barqy
Tarikh : 31 Januari 2009 (Sabtu)
Waktu Kursus: 9.00pg - 5.00ptg
Tempat: Kulliyyah Architecture, UIA, Gombak.
Peserta Korban & Aqiqah hendaklah mengesahkan kehadiran kepada Pn. Zairani A. Hamid. Telefon 03-41434343 atau sms 017-2997262
Maklumat lanjut boleh diperolehi di www.cepatbaca.com.my.
Nilai : RM180
Tawaran Untuk Setiap Peserta Korban & Aqiqah:
Diskaun 30% buku-buku terbitan Al-Ameen. Dapatkan buku-buku Panduan & Motivasi yang menarik untuk anda dan juga keluarga. Tawaran hanya sah untuk pembelian di pejabat Al-Ameen, semasa kursus Kemahiran Cepat Membaca Ameen dan melalui laman web www.ameenbooks.com.my
Banyak kelebihan yang akan Tuan/Puan perolehi apabila membuat penyertaan awal disamping mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Hantarkan borang penyertaan dengan segera!
Kata-Kata Aluan Pengerusi Program : Haji Che Mazlan Saad
"Antara anugerah Allah SWT ialah ketenangan jiwa untuk hamba-hambanya yang dapat menunaikan sesuatu ibadah...
Begitulah juga dengan ibadah Korban & Aqiqah. Program Korban & Aqiqah di Kemboja disusun untuk memudahkan umat Islam menunaikan tuntutan ibadah ini. Juga ibadah ini dilaksanakan ditempat yang ramai umat Islam yang miskin. Umat Islam di Kemboja dapat merasai secara langsung pengertian ukhwah Islamiah - Persaudaraan Islam di Nusantara Melayu.
Saya amat bersyukur kerana dapat terlibat dalam menyusun perlaksanaan ibadah Korban & Aqiqah yang dilaksanakan di Kemboja sejak 15 tahun dahulu. Lebih 15 ribu para peserta daripada Malaysia, Singapura, dan Brunei telah menyertai program ini sejak dari tahun 1415H lagi."
Ikhlas Daripada,
Haji Che Mazlan Saad
Pengerusi Program Korban Eidul Adha
& Aqiqah di Kemboja
Sertailah segera ibadah Korban Eidul Adha dan Aqiqah dengan cara yang MUDAH, MURAH & DIYAKINI
Saya berminat untuk menyertai
Tarikh Akhir Penyertaan
Ibadah Korban : 6 Disember 2008
Ibadah Aqiqah : Dibuka Sepanjang Tahun
--------------------------------------------------------------------------------
Laporan Ramadhan 1429H
Klik disini untuk melihat gambar-gambar menarik sepanjang program Ramadhan 1429H di Kemboja.
(Right click dan pilih Save Link As.. untuk download)
--------------------------------------------------------------------------------
Kursus Untuk Para Peserta Aqiqah & Korban 1429H
Hadirilah kursus menarik bernilai RM180 yang merupakan hadiah percuma penyertaan ibadah aqiqah & korban.
Kursus Kaedah Mengajar Cepat Membaca : Cepat Baca & I Can Read.
Tarikh : 31 Januari 2009 (Sabtu)
Kursus Kaedah Mengajar Cepat Membaca Jawi dan Al-Quran : Bacalah Jawi dan Al-Barqy
Tarikh : 31 Januari 2009 (Sabtu)
Kursus Kaedah Cepat Membaca Al-Quran bertajwid : Tajwid Al-Barqy
Tarikh : 31 Januari 2009 (Sabtu)
Waktu Kursus: 9.00pg - 5.00ptg
Tempat: Kulliyyah Architecture, UIA, Gombak.
Peserta Korban & Aqiqah hendaklah mengesahkan kehadiran kepada Pn. Zairani A. Hamid. Telefon 03-41434343 atau sms 017-2997262
Pendaftaran: klik sini
--------------------------------------------------------------------------------
Testimoni
"Program Korban & Aqiqah ini banyak membantu umat Islam di Kemboja terutamanya dari sudut hubungan silaturahim, pendidikan, dan keperluan asas kehidupan."
Ustaz Haji Sabri Kasim, Timbalan Gabenor Wilayah Kg Cham
"Saya imam daerah Kg Chhnang mengucapkan terima kasih kepada umat Islam Malaysia kerana tidak lupa kepada kami di Kemboja."
Haji Hashim Haji Yunus, Imam daerah Kg Chhnang
"Program ini memberi kesedaran yang mendalam mengenai perlunya semangat ukhwah sesama Islam. Kita akan terlalai dibuai kesenangan jika tidak mengikuti program seperti ini."
Hj Mokhtar Hj Mohd Zain, Peserta Ziarah Kemboja dari Malaysia
"Saya dan anak mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Tuan/Puan yang memberikan 2 ekor kambing Aqiqah untuk jamuan perkahwinan anak saya melalui Mufti Kerajaan Kemboja."
Sos Sem Aysah, Chrang Chamres
Testimoni Tambahan
"Membuka mata dan minda akan keadaan rakan/saudara kita di Kemboja. Memberi kesedaran kepada kita yang sentiasa didalam keselesaan. Semoga usaha kita diberkati Allah."
Zaharah Hashim - Peserta Program Korban Eidul Adha & Aqiqah dan Peserta Ziarah Kemboja 1428H
"Sambutan meriah hari raya korban di Kemboja dapat dirasakan yang mana tidak terasa perbezaan merayakannya di tempat orang. Diri saya merasa terpanggil untuk membantu mereka."
En. Abdul Rahim - Peserta Program Korban Eidul Adha & Aqiqah dan Peserta Ziarah Kemboja 1428H
"Keinsafan terbit dari hati kami yang mengikuti rombongan ini apabila melihatkan keadaan dan suasana daif penduduk kampung. Walaupun begitu, keceriaan terpancar diwajah mereka atas kedatangan kami."
Khadijah Isa - Peserta Program Korban Eidul Adha & Aqiqah dan Peserta Ziarah Kemboja 1428H
Hari raya Eidhul Adha 1426H
Penduduk kampung melapah daging lembu yang dikorbankan untuk diagihkan kepada penduduk kampung yang lain.
Mencari rezeki di sungai
Tengok sajalah hasil tangkapan yang mereka dapat. Ikan yang ditangkap adakalanya sekali tarik pukat sehingga mencecah 2 tan. Rezeki masing-masing.
Kawasan periuk api
Semasa perang saudara di Kemboja. Masih ada lagi periuk api yang berfungsi
Gotong Royong.
Kaum ibu tidak ketinggalan menyumbangkan tenaga dengan menanak nasi untuk jamuan masyarakat kampung.
Sunday, November 30, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment