Saturday, July 18, 2009

Tan Boon Hwa VS SPRM

SPRM ugut saya...Tan Boon Hwa mencerita pengalaman perit yang dilaluinya ketika disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Rabu lalu, berhubung dakwaan salahguna peruntukan untuk DUN di Selangor.

Tan disoal siasat oleh SPRM pada hari yang sama dengan Teoh Beng Hock - setiausaha politik exco kerajaan Selangor - yang ditemui mati, dipercayai jatuh dari bangunan pejabat SPRM jam 1.30 petang semalam.

Tan mendakwa, dua pegawai SPRM yang menyoal siasatnya, cuba mendapatkan pengakuan palsu daripadanya, dengan memaksanya menafikan telah membekalkan 1,500 ribu bendera Malaysia bagi satu majlis sambutan hari Kemerderkaan di DUN Sri Kembangan.

Sewaktu sesi soal siasat tersebut, katanya, pegawai berkenaan menggunakan teknik ‘polis baik dan polis jahat' - pada mulanya bersikap baik tetapi kemudiannya bertindak kasar dan memaksanya berdiri selama empat jam dari pukul 10 malam hingga 2 pagi.

Tan berkata, ada beberapa kali dia diancam dengan keganasan fizikal, di mana seorang pegawai menuding ke dahinya dan didakwanya berkata: "Kami jangan bohong. Saya boleh pukul kami. Percayalah!".

Sewaktu disoal siasat, katanya, pegawai yang lain masuk ke bilik untuk mempersendakan kelemahannya bercakap dalam bahasa Malaysia dan memanggilnya dengan istilah yang kesat - Cina bodoh - dan bertanya sama ada dia rakyat China.

Yang paling teruk, kata Tan, ialah ancaman terhadap keluarganya yang disifatkannya sebagai satu ‘penderaan mental'.

"Mereka kata, jika saya tidak cakap benar, mereka akan ambil isteri dan tiada siapa yang akan menjaga anak-anak saya. Tetapi saya tidak beralah," kata Tan dalam satu sidang akhbar di bangunan setiausaha kerajaan negeri hari ini.

July 17, 2009 7:37 PM

Thursday, May 7, 2009

Prof ke Polis Msia?

Profesional kah Polis kita?

Berapa banyak tahanan lokap mati di balai polis ?


Profesional kah Polis kita?

Minta rasuah tanpa segan silu apabila membuat operasi dan sekatan Jalanraya?


Profesional kah Polis kita?

Manahan orang dengan akta ISA yang langsung tak dibuktikan malah tahanan tak dibicarakan..contoh kes kes wartawan di ISA kan hanya kerana melaporkan pergolakkan UMNO dan Gerakan..kemudian di bebaskan tanpa dibuktikan kesalahan.. kes Hindraf kononnya satu kontena senjata api ada di Gombak sampai sekarang peluru senjata api tu pun tak nampak2...Mana profesionalnya?


Profesional kah Polis kita?

Begitu cepat tindakan kepada Pembangkang sedangkan Pimpinan kerajaan yang dah terang lagi bersuluh malah terbukti pun langsung diam menikus tanpa tindakan?


Profesional kah Polis kita?

Kes2 penculikan melibatkan orang bawahan dan kanak2 sehingga kini tak selesai2 contoh kes Nurin dan Syarlini tetapi apabila melibatkan orang besar kerajaan begitu pantas kes diselesaikan..


Profesional kah Polis kita?

Beribu kes bunuh dan rogol tak berjaya diselesaikan tetapi apabila melibatkan orang kenamaan kes pantas diselesaikan...contoh Datuk Mazlan yang dibunuh Mona Fendy


Profesional kah Polis kita?

Kes2 melibatkan Warga Asing terlalu lembab nak buat tindakan sedangkan hal2 politik bukan main cepat bertindak..Berapa ramai rakyat terbunuh kerana angkara jenayah warga asing..?


Profesional kah Polis kita?

Sanggup tembak gas pemedih mata kepada rakyat yang berhimpun secara aman sedangkan beratus himpunan UMNO yang dianjurkan malah lebih ganas polis tutup sebelah mata sahaja Profesionalkah?


Profesional kah Polis kita?

Jika mereka sendiri terlibat dengan jenayah, berapa ramai polis ditangkap tahun lepas angkara jenayah!? malah ada satu kes rogol pula tanpa segan silu dilakukan di balai Polis sendiri, tempat yang sepatutnya paling aman bagi rakyat..Profesionalkah?


Profesional kah Polis kita?

Jika di hadapan Balai Polis sendiri pun boleh samseng2 kongsi gelap bergaduh berparang sehingga mati tanpa tindakan polis.. contoh yang berlaku di balik Pulau, Pulau Pinang tahun lepas..


Profesional kah Polis kita?

Jika di hadapan Balai Polis sendiri pun terdapat pusat hiburan, pusat judi, malah tempat menjual VCD cetak rompak beroperasi..


Profesional kah Polis kita?

Menangkap orang tanpa waran dan mengenalkan diri? malah kejadian ini bukan baru malah dah lama.. ada yang diculik dahulu di belasah kemudian baru di bawa ke balai..Profesional kah?


Profesional kah Polis kita?
Profesional kah Polis kita?
Profesional kah Polis kita?

Ye profesional bila melibatkan melindungi kuasa kerajaan BN sahaja!!.. tetapi kalau ikut standard dunia memang paling teruk dan tak Profesional ialah polis Malaysia..

Pandai Ugut untuk tutup kes sahaja...kalau melibatkan Rakyat dan pemimpin PR garang seperti Anjing lapar tetapi diam menikus bila negro pijak kepala orang ... memang sial ... Sebab kebanyakkan KPN sendiri contoh Tun Hanif Omar adalah kaki judi...


Profesional kah Polis kita?
Profesional kah Polis kita?
Profesional kah Polis kita?

Jawapannya Haram Jadah!!


Alahai melayuUMNO layu jadinya!!

Sunday, February 22, 2009

SPRM

MAKLUMAT BOLEH DIHANTAR KPD:

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah M'sia
Blok D6, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Peti Surat 6000
62007 Putrajaya, MALAYSIA.

Tel : 03 8886 7000
Faks: 03 8888 9562
Emel:info@sprm.gov.my
Talian Bebas Tol: 1-800-88-6000
http://www.sprm.gov.my/

Datang sendiri ke mana-mana Pejabat SPRM terdekat
atau mana-mana negeri (tanpa setem)

MELAPORKAN PERBUATAN RASUAH
Mana-mana pegawai badan awam yang diberi, dijanjikan, atau ditawarkan, apa-apa suapan dengan melanggar mana-mana peruntukan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 hendaklah melaporkan pemberian, janji atau tawaran itu, beserta dengan nama, jika diketahui, orang yang memberikan, menjanjikan atau menawarkan suapan itu kepadanya kepada pegawai SPRM atau pegawai Polis yang paling hampir.

Seksyen 25(1) SPRM 2009


Mana-mana orang yang daripadanya suapan telah diminta atau diperoleh,atau suatu percubaan telah dibuat untuk memperoleh suapan itu, dengan melanggar mana-mana peruntukan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2008, hendaklah seawal yang mungkin selepas itu melaporkan permintaan atau perolehan, atau percubaan untuk memperoleh, suapan itu berserta dengan perihalan yang lengkap dan benar dan, jika diketahui, nama orang yang meminta, atau memperoleh, atau cuba memperoleh, suapan daripadanya itu kepada pegawai SPRM atau pegawai Polis yang paling hampir.

Seksyen 25(3) SPRM 2009


PERLINDUNGAN KEPADA PEMBERI MAKLUMAT DAN KANDUNGAN MAKLUMAT
Semua pemberi maklumat kepada pegawai suruhanjaya (SPRM) adalah dilindungi dan tidak boleh didedahkan atau diperintah untuk didedahkan di dalam mana-mana mahkamah. Dalam hal maklumat, segala bahagian yang mengandungi identiti pemberi maklumat hendaklah dihapuskan, disembunyi atau dirahsiakan.

Sek. 65(1) dan (2) SPRM 2009